PENAMPILAN terkini pelakon Fasha Sandha dilihat mula mengenakan hijab mencuri perhatian ramai peminat.
Rata-ratanya mendoakan agar Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, kekal istiqamah dengan imej menutup aurat itu.
Ditanya mengenai penampilannya baharu itu, Fasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut, namun meminta orang ramai mendoakan dirinya.
Fasha tidak mahu mengulas lanjut berhubung penampilannya berhijab.