PENYANYI Bunga Isme sudah lali dengan kecaman selain berdepan dugaan susulan kemunculannya sebagai artis pembukaan di konsert kumpulan Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Rabu lalu mendapat kritikan netizen.
Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, berkata, dia mampu berdepan apa sahaja dugaan kerana sejak kecil sudah dididik oleh ibunya untuk menjadi seorang manusia yang kuat.
Malah kata penyanyi lagu Intan Payung itu, ibunya juga adalah tulang belakang yang banyak memberikan sokongan terhadap karier seninya.