PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan menyangkal dakwaan cuba mengelak daripada pihak media ketika hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Ops Sky pada 6 Februari lalu.
Jalaluddin, 70, yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan sebaliknya menjelaskan dia hanya mengikut arahan diberikan pegawai SPRM yang mengiringinya.
“Tiada istilah ikut pintu belakang. Kami semua diarahkan untuk tunggu di dalam kereta dan selepas itu kami di bawa masuk oleh pegawai SPRM yang bertugas.