SELEPAS mengesahkan kontrak bersama Warner Music Malaysia berakhir pada 31 Disember depan, penyanyi Kaka Azraff memberitahu dia terbuka untuk menerima tawaran daripada mana-mana syarikat rakaman yang ingin melamarnya sebagai artis naungan mereka.
Kata Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, dia bersedia untuk bernaung di bawah label muzik lain bagi meneruskan karier seninya sebagai seorang penyanyi.
“Kalau ada mana-mana label, saya terbuka,” jawabnya ringkas kepada mStar.
Kaka ketika ditemui media pada Rabu.