KEAKRABAN hubungan pelakon Puteri Sarah dan bekas mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail terus mendapat perhatian dan pujian daripada netizen.
Meskipun bukan lagi bergelar isteri kepada Syamsul Yusof, Patimah berkata ikatan silaturahim itu akan berkekalan selamanya demi cucu-cucu mereka.
“Alhamdulillah silaturahim kami teruskan demi cucu-cucu tercinta bersama besan yang kami hormati,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Puteri Sarah masih menjalinkan hubungan baik bersama mentua.