KETIKA isu rumah tangganya sedang hangat diperkatakan, kisah hubungan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dengan ibu bapanya turut menjadi perhatian ramai.
Enggan membuka mulut punca dia tidak pulang bertemu kedua ibu bapanya, Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, sebaliknya lebih selesa tidak mengulas perkara peribadi.
“Apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak kongsi dengan orang ramai,” ujarnya ringkas.
Syamsul tidak mahu kenyataannya disalah tafsir.