GARA-GARA memiliki wajah comel atau digelar ‘flower boy’ membuatkan pelakon Alvin Chong tidak dapat mencuba pelbagai watak idaman.
Alvin atau nama sebenarnya Alvin Chong Chean Wah, 34, berkata, dia kerap kali ditolak pihak produksi kerana wajahnya yang dikatakan tidak sesuai untuk membawa genre lain selain romantik komedi.
Kecewa dengan perkara itu, Alvin berkata dia kini sedang berusaha untuk mengubah tona kulitnya agar menjadi lebih gelap kerana mahu kelihatan lebih maskulin.
Alvin tak putus asa untuk terus berkarya.