SEORANG wanita menjadi peminat bertuah apabila dipanggil naik ke atas pentas sewaktu penyanyi Ariel menyanyikan lagu Ini Cinta menerusi Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Ariel atau Nazril Irham Nazmul Irphan, 42, sebelum itu memberitahu dia memerlukan inspirasi untuk menghayati bait-bait lirik ketika mendendangkan lagu tersebut.
Sebelum itu, paparan skrin gergasi di Mega Star Arena, Bukit Bintang menunjukkan tulisan ‘pick up the flower’ ketita Ariel asyik menyanyikan lagu Ada Apa Denganmu.