LEBIH empat tahun tidak muncul dengan sebarang projek lakonan, aktres Bella Dally belum terfikir kembali aktif dalam dunia seni buat masa ini.
Bella atau Nabila Ali Dally, 34, juga menidakkan spekulasi kononnya dia memperlahankan karier seni demi memberi fokus mendapatkan zuriat selepas enam tahun berkahwin.
“Bukan satu masalah besar pun kalau ada orang nak buat spekulasi. Jika ada nanti saya akan kongsi.
Suami memberi sokongan penuh untuk Bella terus berlakon.