PELAKON Edika Yusof tidak menolak kemungkinan kembali rujuk dengan bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri selepas bercerai talak satu pada 5 Mei lalu.
Mengakui masih wujud rasa sayang, Edika, 58, berkata dia hanya berserah kepada jodoh sekiranya ada peluang untuk memperbaiki hubungan rumah tangga mereka.
“Rasa sayang memang ada sebab itu saya tak mahu ceraikan dia sebelum ini. Mungkin ketika itu dia dalam keadaan marah dan terbawa-bawa dengan emosi.
Edika masih sayangkan Hidayah.