ISTERI kepada penyampai radio Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan beg tangan mewah miliknya adalah daripada hasil titik peluh sendiri tanpa mengharapkan wang suami.
Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, ia merupakan salah satu cara dia memberikan ganjaran terhadap kerja keras yang dilakukan selama ini.
Malah, Watie turut menjawab pertikaian netizen berkenaan cara pemakaian dirinya dan anak-anak Shuib.
Komen yang ditinggalkan netizen di Instagram milik Watie.