PELAKON Erin Malek selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Isnin.
Suami Erin atau Nur Arina Abdul Malek, 30, iaitu Farriz Fauzy memaklumkan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki.
Erin dan suami dikurniakan anak lelaki bagi cahaya mata ketiga.
“Alhamdulillah selamat datang ke dunia anak lelakiku,” katanya.