PENYANYI Mark Adam berkongsi khabar duka kehilangan bapa mentuanya yang meninggal dunia pada malam Jumaat.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik, Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas waktu berbuka puasa.
“Sedekahkan al-Fatihah buat bapa mentua saya, Redzuan Abdul Malik. Telah pergi menghadap Ilahi selepas berbuka tadi (Jumaat),” katanya.
Mark sering berkongsi tentang bapa mentuanya sebelum ini.