BAPA kepada penyanyi Ina Naim iaitu Naim Samijan tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan anaknya kini sudah kembali bergelar seorang isteri.
Naim berkata, dia tidak mampu untuk menjaga Ina dan cucu-cucu buat selamanya memandangkan usia semakin meningkat.
Justeru itu, dia menerima kehadiran Mohd Khairul Rizal, 41, dengan hati terbuka serta berharap menantunya itu dapat membimbing Ina dan anak-anak dengan baik.