SELEPAS sekian kali menerima tawaran menyertai program Gegar Vaganza, penyanyi Ning Baizura akhirnya memberikan kata setuju untuk musim ke-11 (GV11).
Menurut Ning, 49, antara faktor dia terbuka hati menerima tawaran itu adalah kerana mahu memberikan satu kenangan terindah buat ibunya iaitu Satilah Abdullah, 81.
“Dalam keadaan ibu saya yang kini menghidap dimensia dan berusia 80-an, inilah adalah masa terbaik untuk dia melihat kembali anaknya berada di televisyen.
Ning berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Rabu.