PERSONALITI media sosial Aisar Khaled menyediakan wang tunai RM100,000 bagi membantu 100 individu bertuah bagi melunaskan hutang mereka.
Aisar, 23, berkata, dia ikhlas membantu pengikut media sosialnya yang sedang berdepan masalah hutang kerana menganggap mereka seperti sebuah keluarga.
Kata Aisar lagi, pemilihan 100 individu tersebut akan dibuat berdasarkan sebab-sebab munasabah yang dinyatakan di ruang komen Instagram miliknya.