BERITA pemandu lori di Sarawak didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu, Sarawak kerana menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap Baby Shima disambut baik oleh penyanyi itu.
Berharap masyarakat mengambil iktibar atas apa yang berlaku, Shima atau Nor Ashima Ramli, 33, meminta netizen lebih bertanggungjawab dan tidak sewenangnya menulis komen yang boleh mengundang kepada perbuatan jenayah.
“Tak suka saya tidak mengapa, tapi jaga jari sebab apa yang anda (netizen) taip boleh membawa padah.
Shima tidak kisah jika ada individu kurang senang dengannya.