PENYANYI Azharina Azhar antara yang tersenarai sebagai penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Meluahkan rasa syukur, Azharina, 40, juga menyifatkan kurniaan itu sebagai pemangkin semangatnya untuk terus berkerja dalam industri seni.
“Pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus aktif dalam bidang seni di samping, memberikan yang terbaik buat negeri Sabah dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Azharina tersentuh usahanya akhirnya dilihat.