PELAKON dan pengacara Awal Ashaari memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan selamat susulan bencana gempa bumi yang melanda Jepun pada Ahad lalu.
Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata ketika kejadian tersebut mereka berada dalam kereta api dan tidak merasai gegaran gempa berkenaan.
“Beberapa kawasan di Jepun ada gempa bumi tadi dan kami sekeluarga berada di dalam metro (kereta api) semasa kejadian itu berlaku.
Awal dan keluarga seronok bercuti di Jepun.