PORTAL hiburan dan gaya hidup yang sentiasa menjadi sebutan orang ramai iaitu mStar bakal meraikan para pembacanya dalam program ‘mStar Birthday Splash’ sempena ulang tahunnya yang ke 19.
Bakal berlangsung di Sunway Lagoon Theme Park, Petaling Jaya, program berkenaan akan diadakan pada 19 Oktober ini sebagai penghargaan buat pembaca yang sentiasa memberi sokongan terhadap portal ini.
Program ini juga secara tidak langsung mampu mengeratkan hubungan di antara team mStar bersama pembaca selain penyertaan artis-artis dan selebriti popular melalui aktiviti luar yang menjanjikan keseronokan dan kenangan indah.