Dengar Suria

Hiburan

Artis lama pun buat silap, Rosyam Nor minta jangan perlekeh bakat baharu… “Zaman kami akan habis”

TANPA sebarang rasa prejudis, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menyokong dan meraikan kemunculan ramai bakat baharu ke dalam industri seni secara positif.

Tidak mahu memberi tekanan terhadap mereka, Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 57, sebaliknya menganggap kesilapan yang dilakukan pelakon muda adalah sebahagian daripada lumrah bergelar anak seni.

“Saya amat meraikan kehadiran pendatang baharu. Kita semua bermula daripada tidak tahu apa-apa. Saya pun dulu baca dialog salah, begitu juga pelakon-pelakon hebat lain.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%