ISTERI kepada penyanyi Ariff Bahran iaitu Amirah Syazwani selamat melahirkan anak kedua mereka pada pukul 11.30 pagi pada Sabtu.
Bayi perempuan seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Berkongsi berita gembira itu, Bahran atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 26, turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bayi kedua mereka.
Bahran dan isteri bersama anak sulung mereka.