IMPIAN peminat untuk melihat Anis Suraya menyertai sebarang program nyanyian tidak akan berlaku apabila penyanyi itu tidak mahu lagi terlibat dalam bidang seni.
Anis atau Tengku Anis Soraya Tengku Sualaiman, 44, berkata, keputusan berkenaan turut mendapat sokongan ahli keluarga termasuk suaminya.
“Maaf jika ada yang masih menunggu kemunculan Anis di Gegar Vaganza. Ini keputusan Anis sendiri untuk tidak lagi melibatkan diri dalam mana-mana pertandingan nyanyian mahupun industri hiburan.
Anis berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.