PELAKON Mira Filzah bersedia jika dikurniakan cahaya mata kedua selepas anak sulungnya iaitu Wan Khair Amir sudah menginjak usia tiga tahun.
Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, memberitahu dia dan suami merancang untuk menjarakkan kehamilan kerana ketika itu mahu memberikan perhatian penuh kepada anak sulungnya yang masih bayi.
“Sekarang Amir dah umur 3 tahun jadi kami okay, saya pun berharap lepas Amir dah makin besar ni adalah rezeki kami lagi.
Mira dan suami sedia dikurniakan zuriat lagi.