PERKONGSIAN penyanyi Sharifah Zarina menjemput bintang sensasi Elliot James Reay di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen.
Ramai tertanya-tanya hubungan sebenar Zarina dengan penyanyi popular dengan lagu I Think They Call This Love itu dan menggelarnya sebagai anak angkat.
Anak Zarina iaitu Athalia Deena Buswani, 22, menjelaskan Elliot adalah rakannya malah mereka sudah berkawan sebelum penyanyi asal United Kingdom itu popular.
Zarina dan Athalia menyambut kedatangan Elliot James di Kuala Lumpur.