IBU kepada pelakon Badrul Muhayat lemah seluruh anggota badan saat dimaklumkan mengenai pemergian anak kesayangannya itu pada pagi Sabtu.
Datin Zaharah Othman, 75, berkata, meskipun sedih namun dia reda selain menyifatkan arwah sebagai seorang anak bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentangnya.
“Masa dapat tahu kaki saya lemah… Anak saya yang maklumkan tentang pemergian abangnya. Dia menangis dulu sebelum beritahu saya.