PELAKONveteran, Sukarni Jaafar memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya keluarga Allahyarham Sheqal ingin membawa dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bersama aktres popular era 1980-an, Raja Ema, untuk menatap wajah bapa mereka buat kali terakhir.
Menurut Sukarni yang juga ibu saudara kepada Raja Ema, sehingga kini tiada wakildaripada keluarga Allahyarham yang menghubunginya berhubung urusan pertemuan tersebut.
“Seperti dimaklumkan oleh Raja Ema, anak sulungnya, Putera Ammar kini sedang berdepan dengan ujian kesihatan kerana menghidap penyakit gastroparesis, menyebabkan pergerakannya agak terbatas.