TEPATI ramalan, anak didik kepada penyanyi Aepul Roza iaitu Kiki Fateeha diumumkan sebagai juara program The Chosen One 2024 (TCO24) yang berlangsung pada malam Ahad.
Kiki, 13, memberikan persembahan bertenaga pada konsert akhir itu dan aksi itu konsisten sepanjang lapan minggu bersaing dalam program berkenaan.
Ketua juri iaitu Datuk Awie menyifatkan persembahan Kiki seolah-olah seperti penyanyi profesional ketika menyampaikan lagu Kau Kekasihku (Datuk Siti Nurhaliza).