ISTERI kepada penyanyi Datuk Amy Search iaitu Datin Norhasniza Hassan berkongsi foto mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pagi Rabu.
Menerusi hantaran di media sosial, Norhasniza atau lebih dikenali sebagai Nourish memuat naik gambar menunjukkan dia, Amy serta tiga individu lain berdiri di hadapan bangunan IPD Shah Alam.
Difahamkan, dua daripada individu berkenaan merupakan peguam.

Nama Amy menjadi bualan hangat netizen.





