SEMENJAK kisah pengorbanan terhadap suami tular, nama penyanyi Adira Suhaimi menjadi perubalan dalam kalangan peminat yang meluahkan rasa kagum dengan ketabahannya mengharungi rumah tangga.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak pula cuba mengambil kesempatan dengan membuka beberapa akaun TikTok palsu menggunakan namanya bagi meraih pengikut.
Enggan orang ramai tertipu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, meminta orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan kata-kata di sebalik akaun mengggunakan nama @Adirasuhaimi._
Akaun palsu menggunakan nama Adira tumbuh bak cendawan.