PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz pernah meminat nasihat berhubung penceraian daripada sahabatnya yang juga aktor Shahidan Izwan sekitar dua tahun lalu.
Shahidan atau Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 29, berkata, ketika itu dia meminta Aliff berfikir secara matang dan mendalam apatah lagi dia dan isterinya sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
Bagaimanapun kata Shahidan, dia masih belum sempat berbual secara bersemuka dengan Aliff selepas Bella Astillah memfailkan cerai terhadap artis asal Singapura itu pada 13 Mac lalu.