PELAKON dan personaliti media sosial Syifa Melvin berang apabila seorang individu menyamakan wajah anak lelakinya iaitu Saif Sulaiman dengan haiwan.
Menyifatkan tindakan itu sebagai biadab, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 30, tidak akan berlembut sekiranya dapat bertemu dengan individu berkenaan yang menggunakan nama Nur Lily Ilyani di Instagram.
Malah Syifa percaya wanita berkenaan berselindung di sebalik akaun palsu dan meminta orang ramai membantu menjejaki individu tersebut.
Syifa mahu jumpa dengan pelaku hina anaknya.