BAGAIKAN dipukau, penyanyi Aiman Tino memberitahu akuan TikTok miliknya hilang dalam sekelip mata gara-gara perbuatan penggodam.
Kata Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 26, dia menerima mesej di platform berkenaan yang memberitahu ingin berkongsi rezeki sebelum akaunnya digodam sehingga tidak boleh diakses lagi.
“Perkara ini baru terjadi tadi (Isnin), ada akaun TikTok yang sudah kena godam mesej saya kononnya mahu berkongsi coins. Kemudian dia hubungi di Whatapps minta kod TikTok saya pula.
Aiman kongsi nombor telefon pelaku di media sosialnya.