PENYANYI Datuk Aishah mendedahkan dia pernah terkena gangguan sihir yang dihantar oleh individu tidak dikenali melalui penghantaran kurier.
Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, akibat perbuatan syirik itu dia mengalami sakit perut selain mendapat mimpi aneh yang tidak pernah dilalui sebelum ini.
“Apabila bungkusan itu sampai, saya nak buka tetapi anak minta supaya tunggu dia pulang dahulu. Namun belum buka lagi saya dah tak sedap hati.
Aishah mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk memulihkan diri.