PENYANYI Aina Abdul berasa penat apabila sering menjadi bahan umpatan netizen setiap kali tampil dengan fesyen pelik di setiap majlis dihadirinya.
Disebabkan itu, penyanyi lagu Sumpah itu berjanji akan tampil dengan gaya lebih ‘selamat’ menerusi konsert A Night With Aina Abdul yang bakal berlangsung pada 18 November depan.
Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, keputusan itu bukan sahaja tidak mahu dikecam netizen sebaliknya mahu berasa selesa ketika berada di atas pentas selain tidak menganggu nyanyian.