RAMAI tidak menyangka dua pengacara iaitu Ain Edruce dan Sherry Alhadad mempunyai bakat sebagai penyanyi apabila melancarkan lagu duet berjudul Balik Kampung… Gosip Raya.
Ain atau Nurul Ain Edruce, 34, berkata, dia tidak berfikir panjang memberi kata persetujuan apabila menerima tawaran berduet dengan Sherry.
Cerita Ain, proses rakaman lagu tersebut juga cukup menyeronokkan selain dipenuhi gelak ketawa.