PELAKON Aedy Ashraf tidak berasa cemburu apabila Sharnaaz Ahmad berkongsi foto bersama teman istimewanya iaitu Amelia Henderson berserta kapsyen pujian di Instagram.
Menganggap Sharnaaz sebagai seorang abang, Aedy, 30, berkata apa yang dilakukan aktor itu merupakan perkara biasa sesama rakan industri dan tidak perlu diperbesar-besarkan.
“Janganlah marah (netizen) Sharnaaz, dia adalah abang untuk saya dan Amelia. Dia punya teguran atau pun pujian itu membina.
Aedy ditemui ketika sidang media pengumuman barisan pelakon Kapla High Council.