HAMPIR setahun berlalu, tiada sehari pelakon Datuk Adi Putra tidak teringatkan ibu tersayang iaitu Allahyarham Noor Banoo Khan Mohd.
Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 43, berkata, dia juga sangat merindui doa ibunya yang sering dipanjatkan arwah semenjak dia bergelar anak perantau lebih 20 tahun lalu.
“Saya sebagai anak perantau daripada umur 21 tahun, arwah ibu adalah segala-galanya bagi saya dan langsung tiada pengganti.