BELUM putus atas, penyanyi Adami Hairi masih mencuba memastikan dapat menempa nama dalam bidang nyanyian yang diceburinya sejak beberapa tahun lalu.
Adam atau Mohamad Hairi, 32, berkata, bagi memastikan dapat kekal relevan dia tampil dengan percubaan ketiga menerusi lagu bertajuk Angauku Mekar.
Menurutnya, lagu yang berentak catchy dan lirik yang mudah diikuti itu dicipta bagi mengikut aliran pendengar masa kini supaya mudah ditangkap dan didengari oleh semua golongan pendengar.