TIDAK kecewa dengan pembatalan konsert pada Februari tahun lalu, penyanyi Hael Husaini percaya akan ada rezeki yang lebih baik menanti dirinya.
Hael atau Hal Husaini Razmi, 37, berkata disebabkan pembatalan konsert berkenaan kini dia mampu mengeluarkan album pertama selepas 17 tahun bergelar anak seni.
“Kalau nak ikutkan sebelum ini konsert saya pernah dibatalkan tapi tak apa… kita move on dari perkara itu.
Hael percaya dengan rezeki yang telah diaturkan.