PELAKON dan penyanyi Abby Abadi tidak mahu membicarakan soal rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania yang tidak henti menjadi sasaran khalayak.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, dia reda dengan pilihan Marissa dan mahu anaknya itu melalui sendiri pengalaman berumah tangga.
“Fasal anak sebenarnya saya tidak berminat untuk membesarkan lagi isu ini.