Dengar Suria

Hiburan

80 ‘influencer’ dari 20 negara bakal bersaing dalam ASIA 2025

ACARA All Star Influencer Award (ASIA) 2025 kembali untuk tahun ketiga dengan menampilkan 80 pencipta kandungan dari 20 negara Asia dan Timur Tengah pada Oktober depan.

Menurut penganjur Datuk Abd Rahman Soltan, peserta akan menjelajah ke lapan buah negeri di seluruh Malaysia bagi menyertai aktiviti penciptaan kandungan kreatif merangkumi keindahan, budaya dan keunikan destinasi pelancongan tempatan sebelum melangkah ke malam kemuncak.

"Setiap dua negeri akan menerima 20 pencipta kandungan dalam tempoh tertentu, di mana mereka akan terlibat dalam pelbagai eksplorasi daripada makanan tempatan, seni budaya, alam semula jadi hinggalah ke cabaran digital.

Abd Rahman (dua dari kanan) sebagai penganjur ASIA 2025.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh