PELAKON Amar Baharin menjelaskan dia berkongsi masalah isu pertindihan tanah milik ibunya di media sosial kerana sudah 10 tahun bersabar menanti penyelesaian daripada pihak berkaitan.
Amar atau Amar Mohd Baharin, 39, berkata, sepanjang tempoh itu, dia dan ibunya iaitu Norhayati Abd Aziz sudah melakukan pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah tersebut namun tidak berhasil.
“Ibu saya dapat tahu sejak masalah ini sejak 2011. Mereka menjanjikan untuk menggantikan tanah yang baru sejak 2014. Sekarang dah 2024.