Dengar Suria

Hiburan

Dituduh tak bayar kontraktor ubah suai rumah di London, Bonda Rozita ambil tindakan

TIDAK berdiam diri, usahawan sensasi Rozita Ibrahim tampil menjawab dakwaan tidak membayar kontraktor yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian kediamannya di London, United Kingdom.

Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita, 61, berkata, tindakan sudah diambil terhadap kontraktor tersebut namun enggan memperincikan masalah sebenar sehingga timbul kekecohan.

Malah kata Rozita, dia sudah mengambil tindakan tersebut menerusi peguamnya di London dan Malaysia.

Dakwaan yang dibuat terhadap Rozita sebelum ini.

“Isu viral saya dikatakan tidak membayar hutang kepada kontraktor, saya tak mahu ulas lanjut tentang spekulasi ini dan saya berani untuk menjelaskan tindakan telah pun diambil, peguam di London dan peguam di Malaysia.

“Jadi kalau anda sudah lihat isu viral ini, kita nantikan tindakan peguam saya untuk selanjutnya,” katanya.

Rozita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:Bonda Rozita tak sanggup jaja aib perkahwinan terdahulu, enggan jadi asbab susah masuk syurga

ARTIKEL BERKAITAN:Anak sahkan Bonda Rozita sudah kahwin, anggap bapa tiri ‘kekasih’ baharu ibu

Dalam pada itu, Rozita memberitahu sebelum ini dia tidak pernah culas dalam membuat pembayaran bagi setiap perniagaan diusahakan termasuk pusat peranginan dan produk kosmetik miliknya.

“Projek mega Rumah Hutan Bonda dan kilang-kilang bahan mentah produk puluhan juta saya tak pernah lari bayaran,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang individu mendakwa sudah menyiapkan kerja-kerja ubah suai kediaman Rozita di London termasuk tandas, karpet mewah untuk tujuh bilik dan tangga.

Rozita enggan mengulas lanjut berkenaan isu tidak membayar upah kontraktor.

Bagaimanapun mendakwa masih belum menerima sebarang bayaran daripada usahawan berkenaan.

Dakwa individu tersebut, dia bukan sahaja tidak dibayar, malah turut disekat di media sosial apabila bertanya tentang pembayaran.

Isu ini mula tular di aplikasi Threads dan rata-rata netizen meminta agar Rozita tampil menjelaskan perkara sebenar dan melunaskan bayaran kepada individu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

0%