PELAKON Beto Kusyairy kesal apabila terdapat segelintir pihak memperlekehkan seni mempertahankan diri silat yang sudah wujud sejak sekian lama.
Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 45, berkata, apa lebih menyedihkan seni silat itu sendiri tidak lagi dipandang sebagai hebat.
“Sekarang kalau sebut fasal silat ada yang sudah lupa tentang kehebatannya sehingga tergamak memperlekehkannya.
Beto tidak setuju ada masyarakat yang memperlekehkan seni bela diri silat.
“Cakap fasal silat sahaja ada pula suruh masuk MMA (seni beli diri campuran) dan sebagainya.
“Kadang-kadang saya tertanya juga, ketika kita dijajah dahulu ada ke MMA waktu itu? Silat sahaja yang ada,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, pelakon filem Gayong ini bukanlah menentang mempelajarai seni mempertahankan diri lain tetapi minta jangan memperlekehkan silat.
ARTIKEL BERKAITAN:Angkat kisah tokoh silat Meor Abdul Rahman, pengarah ada sebab pilih Beto Kusyairy teraju ‘Gayong’
ARTIKEL BERKAITAN:‘Gayong’ terima maklum balas positif penonton, kutip RM1 juta selepas dua hari tayangan
Kata Beto, silat adalah warisan orang Melayu yang sepatutnya dipelihara dan bukannya dihina.
“Warisan leluhur kita jangan dilupakan sebab itu sahaja kita ada sebagai anak Melayu.
“Apa kita kecapi sekarang, dapat hidup aman dan makmur juga hasil daripada perjuangan mereka sebelum ini,” katanya.
Beto harap seni warisan Silat dapat dijaga sebaiknya.
Dalam perkembangan lain, Beto merupakan pelakon utama bagi filem Gayong yang mengangkat kisah Pengasas Silat Seni Gayong iaitu Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.
Ia sedang ditayangkan di seluruh pawagam sejak 8 Mei lalu.
Selain Beto, filem arahan Faisal Ishak itu turut dibintangi pelakon lain seperti Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!