Suria7

ARTIKEL

Pameran StarProperty Bumiputera menemui anda Jumaat ini!

PETALING JAYA: Pameran Hartanah StarProperty Edisi Bumiputera, merupakan salah satu dari pameran hartanah terkenal di Malaysia, yang akan diadakan di IOI Grand Exhibition and Convention Centre pada Jumaat ini. Acara yang dinanti-nantikan ini dijangka akan menarik perhatian lebih ramai para pengunjung, yang tidak sabar untuk mengambil peluang tawaran yang akan dipamerkan oleh para pemaju terkemuka bermula dari 12 hingga 14 Mei. Para pemaju termasuk Matrix Concepts Holdings Bhd, IJM Land, Putrajaya Holdings Sdn Bhd, Gamuda Land dan Sunsuria Bhd selain pembeli rumah juga boleh mendapatkan maklumat pinjaman daripada syarikat yang mengambil bahagian seperti Bank Rakyat dan BSN.

Pameran ini juga akan menampilkan pelbagai jenis hartanah kediaman dan komersial, termasuk kondominium beraras tinggi serta kediaman harta tanah yang lain. Pameran ini, terletak di aras 3 di dewan 2, yang mana juga mengetengahkan trend dan inovasi terkini dalam industri hartanah, memberikan sebuah pandangan yang menarik buat para pengunjung tentang pasaran dan peluang pelaburan.

Selain dari pameran hartanah yang diadakan, pameran Hartanah StarProperty Bumiputera kali ini juga menawarkan pelbagai jenis aktiviti dan acara yang menarik. Ceramah hartanah yang akan dikendalikan oleh pakar industri juga turut hadir memberikan para pengunjung informasi dan nasihat yang terbaik tentang pelaburan dan pengurusan hartanah. Para pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti “Visit & Win” dan “Buy & Win” dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik.

Kanak-kanak yang hadir juga dapat mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna mengikut kategori umur masing-masing dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM 3,000. Belon percuma dan aktiviti congkak juga turut diadakan. Pameran ini juga turut menampilkan kemunculan Suria Wheelers pada Sabtu jam 4 petang hingga 4.30 petang dan Ahad pada jam 2 petang hingga 2.30 petang serta para pengunjung juga berpeluang bertemu dengan juruhebah terkenal, Sharifah Shahira, atau lebih dikenali sebagai Rara.

Pameran ini semestinya merupakan salah satu pameran yang wajib dikunjungi oleh para pengunjung lebih-lebih lagi yang ingin membeli dan melabur dalam hartanah di Malaysia. Pembeli rumah juga berpeluang untuk memanfaatkan diskaun dan insentif Bumiputera.

Selain itu, para pengunjung yang hadir juga berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 75% hingga 100% di bawah inisiatif pemilikan rumah Keluarga Malaysia atau i-Miliki, insentif di bawah Program Pemilikan Rumah (HOPE) Kementerian Kemajuan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagi rumah pertama bernilai RM 500,000 dan ke bawah, pengecualian duti setem adalah sebanyak 100% manakala hartanah bernilai lebih dari RM 500,001 hingga RM 1 juta, pembeli rumah pertama berpeluang menikmati pengecualian duti setem sebanyak 75%. Pengecualian perjanjian jual beli yang bermula pada 1 Jun 2022 juga akan berakhir pada 31 Dis 2023.

Pembeli rumah yang menghadapi cabaran dengan pemilihan pembiayaan juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) daripada KPKT di pameran tersebut.

Sesungguhnya, pameran hartanah Starproperty Edisi Bumiputera mempunyai sejarah kejayaan yang panjang, dengan majlis sebelum ini yang telah menarik banyak orang dan menjana minat yang ketara daripada pelabur dan pemaju.

Dengan begitu banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan selain kemasukan adalah percuma semestinya peluang berkunjung ke pameran hartanah StarProperty Edisi Bumiputera ini adalah perkara yang tidak boleh dilepaskan bagi sesiapa yang ingin melabur dalam pasaran hartanah Malaysia.

Jadual Ceramah Hartanah

13 Mei 2023  (Sabtu)

Penceramah Topik Masa
Aziz Ahmad

Pengasas, Hartanahguru.com

Buat Duit Dari Hartanah 2.00 petang – 3.00 petang
Azizul Azli

Jurucakap Hartanah

OPR Naik Masih Sesuaikah Beli Rumah Sekarang? 3.00 petang – 4.00 petang
Ihsan Zainal

Pelabur Hartanah

Potensi Pelaburan Unit Shoplot 4.30 petang – 5.30 petang
Amin Yussoff

Pengasas, Mamyhome

Panduan Renovasi Dalam Kegawatan Ekonomi 2023 5.45 petang – 6.45 petang

14 Mei 2023 (Ahad)

Penceramah Topik Masa
Akmal Nizam

CEO/Pengasas, MyCribBooking

Homestay vs Sublet 2.30 petang – 3.30 petang
Kak Long Shila

Pengasas, The Sublet System dan Pakar Urus Sewa

Bina Legasi Empayar Hartanah 3.30 petang – 4.30 petang
Mohamed Shakir

Pengasas, Handibee Sdn Bhd

Masa Hadapan Pembaikan Rumah: Tren Dan Inovasi 4.45 petang – 5.45 petang
Vince Chia

Pengasas, Diligent Planners

Cara Skor A Dalam Pinjaman Perumahan 5.45 petang – 6.45 petang
0%