Suria7

ARTIKEL

Majlis Pelancaran Kerusi Urut GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair

GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair. Ia merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi Urutan Tangan 8D di mana roda urut tersebut dibahagikan kepada dua bahagian yang berbeza iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung). Fungsi inovatif ini dapat memberikan pengguna merasai sensasi urutan daripada lapan tangan manusia yang dapat melegakan seluruh badan.

Majlis pelancaran yang berlangsung di LG West Court, IOI City Mall dimulakan dengan Tarian Tradisional Melayu yang menawan sebagai persembahan pembukaan, diikuti dengan sesi perkongsian testimoni oleh Dato’ Jalaluddin Hassan mengenai GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair. Majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan khas oleh tetamu jemputan, Liyana Jasmay mempersembahkan dua buah lagu untuk peminatnya. Juga, terdapat pelbagai aktiviti diadakan sepanjang acara berlangsung, antaranya sesi permainan mini bersama Dato’ Jalaluddin Hassan, Liyana Jasmay, dan peminat-peminat bertuah yang hadir disamping majlis jamuan makan buat semua pihak media dan tetamu yang hadir sebagai tanda penghargaan.

Tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut ialah, pihak pengurusan GINTELL, dutanya (Dato’ Jalaluddin Hassan), jemputan tetamu khas (Liyana Jasmay) yang merupakan penyanyi dan pelakon terkenal, pengurusan IOI City Mall, dan rakan-rakan media.

Selain itu, GINTELL juga telah mengadakan “roadshow” yang berlangsung pada 11 Julai 2023 sehingga 23 Julai 2023 lalu, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan banyak lagi!

Latar Belakang GINTELL

Ditubuhkan sejak tahun 1996, GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL telah memiliki lebih 130 cawangan bilik pameran di seluruh Asia Tenggara. GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga telah berjaya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebanyak 2 kali untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak. Matlamat utama GINTELL adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan serta kecergasan melalui produk mereka iaitu selaras dengan cogan kata“Health, Love, Life” misi mereka iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”.

0%