Suria7

ARTIKEL

Kinohimitsu Anjur Malam Penghargaan, Raikan Kejayaan sebagai ‘Minuman Kolagen No. 1 Terlaris di Singapura dan Malaysia’

Kinohimitsu, jenama minuman kolagen terkemuka di Asia Tenggara telah mengadakan majlis malam penghargaan pada 11 Mei 2023 (Khamis) di One World Hotel Bandar Utama, Petaling Jaya bagi meraikan kejayaan mereka setelah mendapat pengiktirafan sebagai “Minuman Kolagen Terlaris No. 1 di Singapura dan Malaysia bagi tahun 2022”.

Acara itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas duta jenama Kinohimitsu Hong Kong, Tavia Yeung dan Him Law, artis TVB Hong Kong, Lai Lok Yi, selebriti tempatan, influencer, rakan media, rakan kongsi dari seluruh negara untuk bersama-sama meraikan kejayaan juga sebagai tanda terima kasih atas sokongan padu mereka sehingga menjadikan Kinohimitsu minuman kolagen No 1 Terlaris di pasaran.

Lebih menarik, acara itu turut menampilkan pelbagai persembahan istimewa seeperti pertunjukan minuman kolagen, pertunjukan fesyen daripada ratu cantik Malaysia, persembahan istimewa daripada kumpulan muzik, juga penyampaian cenderahati dan trofi penghargaan khas kepada rakan kongsi, selebriti, rakan media yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Kinohimitsu.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kino Biotech Group, Encik Ting Yen Hock “Kami akan berusaha memastikan produk kami sentiasa memberi kesan positif kepada masyarakat. Misi Kinohimitsu adalah sentiasa bersedia membantu rakyat untuk kekal bahagia, sihat dan lebih yakin setiap hari! Kami rasa berbangga diatas pengiktirafan ini melalui produk kami yang inovatif dan berkesan”

“Saya sangat gembira kerana Kinohimitsu berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama kolagen No. 1 yang terlaris di Malaysia dan Singapura mengikut data NielsenIQ dan dengan hasil komitmen juga kepimpinan yang baik telah meletakkan Kinohimitsu sebagai produk kolagen, minuman dan makanan berkhasiat di Asia”, kata Ting.

Tema Hari Kolagen 2023, ‘Sayangi Diri Anda’ menekankan kepentingan mengutamakan penjagaan diri dan keperluan individu untuk menjaga diri mereka secara dalaman dan luaran.

‘Sayangi Diri Anda’ bukanlah satu kemewahan tetapi satu keperluan, jadi Kinohimitsu akan sentiasa mengingatkan penggunanya tentang kepentingan kolagen menerusi kempen ini dengan menyediakan produk juga sumber terbaik untuk masyarakat agar mereka dapat menikmati gaya hidup sihat.

Malam Penghargaan yang diadakan itu merupakan peluang untuk memaparkan komitmen Kinohimitsu dalam mempromosikan gaya hidup sihat serta penjagaan kesihatan melalui rangkaian suplemen kolagen, minuman kecantikan, dan formula berfungsi. Produk Kinohimitsu diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan disokong oleh kajian saintifik untuk memastikan kesejahteraan dan penuaan yang sihat.

Selain meraikan statusnya sebagai Kolagen Terlaris No.1 di Singapura dan Malaysia, Kinohimitsu juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Kinohimitsu Collagen Diamond telah dianugerahkan Emas dalam Anugerah Kualiti Dunia Monde Selection 2023. Kinohimitsu Collagen Diamond telah dianugerahkan dengan anugerah emas selama 3 tahun berturut-turut dari 2021 hingga 2023. Ini adalah anugerah antarabangsa yang menjamin produk berkualiti.

Kinohimitsu telah diiktiraf oleh Euro Monitor sebagai Minuman Kolagen Terlaris No. 1 di Singapura dan Malaysia pada tahun 2012, dan ini menunjukkan bahawa jenama Kinohimitsu kekal sebagai produk berkualiti dalam pasaran minuman kolagen.

Dapatkan produk utama kolagen dengan diskaun istimewa sehingga 40% menerusi kempen yang bermula pada 1 April hingga 31 Mei 2023 ini. Antaranya, Edisi Collagen Day khas Kinohimitsu Collagen Diamond 16’s percuma Collagen Green Caviar 2’s dan Kinohimitsu Collagen Men 16’s dijual pada harga RM129 sahaja. Produk kolagen Kinohimitsu yang lain termasuk Kinohimitsu Collagen Beauty, Kinohimitsu Collagen Green Caviar, Kinohimitsu Collagen Nite, Kinohimitsu Stem Gold+ 180g, Kinohimitsu Marine Gem 180g, Kinohimitsu Stem Cell Snow Lotus 10’s, Kinohimitsu Collagen Activ 15’ Beauty Activ 15’s dan Kinohimitsu Collagen Activ 15’s Beauty.

Tawaran istimewa Hari Kolagen Kinohimitsu boleh didapati di farmasi terkemuka, Watsons, Guardian, Caring, Aeon Wellness dan Sasa. Pembeli dalam talian juga boleh menikmati tawaran ini di e-store Kinohimitsu di my.kinohimitsu.com atau e-marketplace seperti Lazada dan Shopee.

INFO KINO BIOTECH

Kino Biotech ialah syarikat ‘integrated bio-nutraceutical and cosmeceutical’ terkemuka berkonsepkan produk, pembangunan, pengkomersilan, pemasaran jenama, penjualan dan pengedaran produk penjagaan kesihatan serta kecantikan yang inovatif.

Perniagaan teras ialah penjualan produk, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecantikan di bawah jenama Kinohimitsu.

Info lanjut, layari my.kinohimitsu.com

0%