Suria7

Sukan

Anggap gol jumpa Kedah yang terbaik, Paulo Josue kekal komited bersama KL City

APABILA menjaringkan 70 gol untuk kelab, seorang pemain pasti menghadapi kesukaran dalam memilih jaringan kegemaran mereka.

Bagi kapten Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue, momen yang paling diingati adalah ketika dia berjaya melakar namanya dalam sejarah bola Kuala Lumpur sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Pemain naturalisasi kebangsaan itu menganggap gol terbaiknya adalah ketika memecahkan rekod Fandi Ahmad dengan mencetak dua gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada September lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyakit tekong berjangkit, Terengganu Turtles pula jadi mangsa KL Thunder

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Tersengih-sengih macam tak serius main’, tekong punca perjalanan Penang Black Panthers terhenti di SPICE Arena

WhatsApp Image 2024-10-18 at 11.07.02

Kapten The City Boys, Paulo Josue. Facebook/KLCity

Josue memperoleh 68 gol untuk KL City itu berjaya memintas rekod Fandi yang mempunyai 67 jaringan.

“Gol terbaik saya adalah ketika memecahkan rekod Fandi Ahmad menentang Kedah.

“Ia merupakan sepakan jarak jauh hasil hantaran bantuan daripada Ryan Lambert,” ujar Paulo yang menyertai pasukan Lembah Klang itu pada 2017.

Kini, Kuala Lumpur berada di tempat kelapan Liga Super dengan 11 mata selepas 11 perlawanan liga.

Skuad Warga Kota itu akan berkunjung ke Pantai Timur untuk berdepan cabaran Kelantan Darul Naim FC dalam saingan Liga Super 2024 pada Jumaat. — The Star/S.SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%