Suria7

Sukan

Akui tak bermusuh, cuma Ifedayo tetap bernafsu nak robek gawang kelab lama

PENGGEMBUR utama PDRM FC, Ifedayo Olusegun mengakui dirinya tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas kelab iaitu Selangor FC.

Menjelang pertemuanya dengan Gergasi Merah pada Sabtu, dia tidak didorong dengan sebarang isu peribadi dengan kelab lamanya itu dalam mencari motivasi menjaringkan gol.

Sebaliknya, penyerang dari Nigeria itu sekadar mahu menjaringkan gol kerana itu adalah tugasnya sebagai seorang penyerang.

BACA LAGI: Curi mata JDT tapi prestasi masih yoyo — CEO PDRM FC

BACA LAGI: Dilantik duta rasmi PDRM FC, Amir Masdi bakal hasilkan lagu ‘chant’, podcast sembang bola

“Saya sentiasa cuba untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tidak kira siapa pun pihak lawan, saya tiada agenda lain dengan kelab lama saya.

“Selangor ketika ini bermain dengan baik dan jurulatih sudah memberitahu kami beberapa pemain yang boleh memberikan masalah kepada kami,” ujar Ifedayo.

460981056_18033748715470634_7061129546079195240_n

Ifedayo sudah menjaringkan lima gol dalam Liga Super untuk PDRM.

Untuk rekod, Ifedayo pernah beraksi untuk Selangor dari 2019 hingga 2021 dengan dia pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Super untuk dua musim berturut-turut.

Ketika ini, Sang Saka Biru menjadi pasukan yang sering mencipta kejutan dengan mereka memperoleh beberapa keputusan baik bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC dan Sabah FC.

Walaupun memperoleh keputusan baik tetapi Ifedayo mengatakan yang kelabnya tidak akan menggunakan taktikal serupa berdepan Gergasi Merah. Sebaliknya, mereka mengambil pendekatan berbeza untuk mencuri mata daripada Selangor.

“Kami sentiasa gemar untuk membuat kejutan menentang kelab-kelab sebegini. Saya optimis dan semua pemain berusaha keras dalam tempoh latihan.

“Ia akan menjadi aksi menarik kerana kami bermain di laman sendiri, tapi pada saya ia sekadar satu perlawanan biasa di mana saya perlu bekerja keras sebagai penyerang dan menjaringkan gol.

“Kami tidak akan bermain menentang Selangor sama seperti kami bertemu JDT, Terengganu dan Sabah. Kami cuma bernasib baik kerana taktikal kami pada waktu itu membuahkan hasil,” komen Ifedayo. — The Star/S. SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%